Apakah kelebihan sukan berkuda berbanding sukan-sukan yang lain.
Alhamdulillah,
pertamanya saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana member
saya peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukan berkuda, pada hakikatnya tidak
pernah terfikir oleh saya bahawa saya akan
berpeluang untuk berkuda, tapi nikmat Allah itu luas dan memang tak
terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.
Awalnya saya hanya
menjadi guru pengiring yang bertugas memantau anak-anak murid menyertai
aktiviti berkuda di Pusat Latihan Sunnah berkuda, Rubinga Heritage , di kg
Changkat Gombak, namun secara tak langsung ianya membawa saya untuk turut terlibat. Ok , sepanjang
menyertai aktiviti ini ada beberapa hikmah yang dapat saya pelajari. Memang
terlalu banyak tetapi ada dua perkara yang saya mahu kongsikan:
Pertamanya, kuda adalah binatang yang dapat membantu kita menenangkan
emosi. Kenapa? Kerana kuda adalah adalah binatang yang secara fitrah adalah
binatang yang tenang , jika kita datang menguruskan kuda dalam emosi yang baik
maka ianya akan mudah di control, namun jika kita datang dalam keadaan kita
yang tidak stabil emosinya maka kita tidak akan mudah untuk menguruskannya.
Saya berpengalaman sendiri dalam hal ini, setiap saya mempunyai emosi yang
kurang stabil ketika hendak menguruskan kuda, maka terlebih dahulu saya akan
menenangkan perasaan saya, jika tidak akan sulit untuk saya menguruskan kuda
tersebut, bayangkan emosi saya boleh saya tenangkan dengan mengurus kuda.
Kedua, sukan berkuda adalah sukan yang menghidupkan hati. Benarlah jika
kita berintraksi dengan benda hidup maka hati akan hidup, namun jika kita
berinteraksi dengan benda mati maka hati mudah mati dan terkadang hati mudah
menjadi kaku, lihatlah perbandingan kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti
sukan berkuda dan kanak-kanak yang hanya duduk menghadap permainan computer,
ternyata anak-anak yang dilibatkan dengan aktiviti berkuda adalah lebih baik
kerana berintraksi dengan benda hidup melatih jiwa anak ini untuk saling
memahami, saling bertolak ansur, mempunyai sifat belas kasihan dan lain-lain.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan sukan berkuda, namun buat masa
sekarang , inilah yang mampu saya coretkan, semoga jika diizin Allah saya dapat
mnambahnya lagi di kesempatan yang lain J
sekian.