Sunday, 26 September 2021

Menggapai Syurga Tertinggi

     Sahabat Syurga itu tersedia dengan pelbagai "suprise" yang terlalu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan mata. Pelbagai gambaran syurga yang disebut didalam al-Quran supaya manusia obses untuk melakukan amal kebaikan.

       Ayuh muhasabah berapa peratusan obses kita untuk menggapai Syurga? Adakah setinggi obses Para Nabi dan Para Sahabat? Atau seperti slogan chipsmore "sekejap ada, sekejap tiada".Hati-hati wahai teman, andai obses melemah, boleh jadi pautan dunia terlalu kuat menggelayuti hatimu. Maka rajin-rajinlah muhasabah hatimu. Tingkatkanlah tazkiyatun nafs agar obses mu sentiasa melangit. Kalau rasa perlu punya buku untuk dapat kamu baca untuk dijadikan asbab obses mu saban hari maka usahakan miliki buku itu.Ya usahakan untuk miliki obses mu.

       Kisah Haram bin Milhan di dalam sebuah peperangan, saat ditikam oleh musuh bernama Amir bin Thuffan cukup menggambar obses yang tinggi terhadap syurga. Saat ia ditikam ia langsung berteriak " aku telah menang" langsung setelah itu Syahid. Hal itu menimbulkan kebingungan dan tanda tanya di dalam pemikiran Amir bin Thuffan yang mana akhirnya menjadi kunci kepada Islamnya Amir bin Thuffan.

       Selain itu, Kisah Rabiah bin Kaab juga antara kisah sahabat yang punya obses yang tinggi pada Syurga, dia termasuk dikalangan sahabat yang tidak punya harta dan agak miskin, disebabkan tidak punya rumah, dia tinggal di masjid. Namun begitu  Rabiah ini, jiwanya sangat cemerlang dengan cahaya iman. Rabiah bin Kaab ni termasuk antara sahabat biasa berkhidmat kepada Nabi s.a.w. Suatu hari, Rasullah s.a.w memanggil Rabiah dan bagitahu padanya yang dia boleh minta apa sahaja pada hari itu dan Rasullah akan kabulkan, jadi Rabiah ni dia pun mintalah izin nak fikir dulu. Dalam perjalanan itu dia terfikir, kenapa aku nak minta dunia?  Akhirnya dia pun bagitahu dia nak jadi pendamping Rasulullah di Syurga. Kemudian Rasullullah pun bagitahu pada Rabiah bin Kaab untuk memperbanyakkan Sujud.

Untuk penutup kepada tazkirah, Ayuhlah kita sama-sama muhasabah dengan dua ayat dibawah,moga-moga terus menjulang tinggi obses kita terhadap syurga..amin 🤲🏻

Surah Sajdah: Ayat 17.

Surah Yaasin: 




      

Thursday, 14 January 2016

Tafsir Surah Al-Mumtahanah

       sungguh banyak yang dapat dipelajari daripada intisari surah al-Mumtahanah ini.
apabila kita membicarakan tentang surah ini pasti kita tidak akan lari dari meyebutkan tentang kisah Hatib bin Abi Baltaah. kisah yang mana beliau menghantarkan surat rahsia kepada keluarganya pasca sebelum berlakunya Fathu Makkah. Surat itu dihantar secara rahsia lewat seorang wanita yahudi yang datang ke Madinah pada ketika itu.
     
    Namun belum sempat surat itu sampai ke Makkah Allah terlebih dahulu mengkhabarkan berita itu kepada Rasulnya dan akhirnya rahsia itu selamat daripada di bocorkan. Hatib kemudian dipanggil menghadap Rasullah s.a.w guna menerangkan apa yang telah berlaku. Sungguh akhirnya kita mendapati tindakan Hatib berpunca daripada rasa risau terhadap keluarganya yang  tinggal di makkah. Beliau risau sekiranya peperangan terjadi maka keluarganya bakal menghadapi musibah. sedangkan keluarganya pada ketika itu bukanlah seagama dengannya, hubungan mereka sekadar ikatan darah.

      Hatib bukanlah sebarang sahabat. Belaiau adalah sahabat daripada kalangan muhajirin yang telah bersusah payah  mengharung gelombang kepayahan demi menyahut seruan hijrah ke Madinah. Beliau juga adalah sahabat yang rela mempertaruhkan nyawa demi memenuhi panggilan jihad di medan perang. lantas mengapakah beliau bertindak demikian? dan apakah ibrah yang tinggal untuk digali oleh kita genarasi yang tinggal pada hari ini?

IBRAH:

*IBRAH pertama: Ujian kekeluargaan
- dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini kita tidak akan lari daripada diuj, bilamana kita telah menghadapi suatu ujian maka janganlah kita menyangka bahawa kita telah berjaya. pasti ujian demi ujian akan terus menyusul. dalam kisah Hatib ini beliau telah berjaya melepasi ujian saat berhijrah dan berjihad, namun dia kemudian diuji lagi dengan orang yang beliau sayang. pasti itu tidak mudah. namun syukurlah Allah telah menyelamatkannya. Memang keluarga adalah antara orang yang paling dekat dan antara yang paling kita kasih dalam hidup ini, namun janganlah kerana kasih yang satu ini sangguh menggadai maruah agama.dan adalah sepatutnya ujian kekeluargaan tidak akhirnya menjadi penyebab tergugahnya iman kita. 
p/s: kalau kita bimbang keluarga bakal menjadi ujian terbesar dalam perjuangan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini maka bersungguhlah dalam menanamkan iman didalam sanubari keluarga kita, dengan itu inshaAllah keluarga kita akan terhindar dari menjadi mehnah dalam perjuangan kita  sebagai khalifatullah.

*IBRAH kedua: hubungan aqidah lebih kuat daripada hubungan darah.
*IBRAH ketiga: tingkatan ujian sentiasa tidak akan pernah putus.contoh Hatib dia seorang yang hebat berjaya menempuh badar, antara orang yang terpilih kemudian diuji dengan keluarga.
*IBRAH keempat: manusia yang imannya kuat maka cabaran dan ujian yang dihadapinya juga pasti kuat.
*IBRAH kelima: Rasulullah s.a.w adalah murabbi agung, dalam kisah Hatib ini beliau melakukan tabayyun dengan Hatib. Begitulah ciri murabbi yang baik tidak terus menghukum sebaliknya terlebih dahulu tabayyun supaya segalanya jelas.

-Nota Usrah 17 September 2015-

Tuesday, 19 May 2015

Apakah kelebihan sukan berkuda berbanding sukan-sukan yang lain.
                Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana member saya peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukan berkuda, pada hakikatnya tidak pernah terfikir oleh saya bahawa saya akan  berpeluang untuk berkuda, tapi nikmat Allah itu luas dan memang tak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.
                Awalnya saya hanya menjadi guru pengiring yang bertugas memantau anak-anak murid menyertai aktiviti berkuda di Pusat Latihan Sunnah berkuda, Rubinga Heritage , di kg Changkat Gombak, namun secara tak langsung ianya membawa  saya untuk turut terlibat. Ok , sepanjang menyertai aktiviti ini ada beberapa hikmah yang dapat saya pelajari. Memang terlalu banyak tetapi ada dua perkara yang saya mahu kongsikan:
Pertamanya, kuda adalah binatang yang dapat membantu kita menenangkan emosi. Kenapa? Kerana kuda adalah adalah binatang yang secara fitrah adalah binatang yang tenang , jika kita datang menguruskan kuda dalam emosi yang baik maka ianya akan mudah di control, namun jika kita datang dalam keadaan kita yang tidak stabil emosinya maka kita tidak akan mudah untuk menguruskannya. Saya berpengalaman sendiri dalam hal ini, setiap saya mempunyai emosi yang kurang stabil ketika hendak menguruskan kuda, maka terlebih dahulu saya akan menenangkan perasaan saya, jika tidak akan sulit untuk saya menguruskan kuda tersebut, bayangkan emosi saya boleh saya tenangkan dengan mengurus kuda.
Kedua, sukan berkuda adalah sukan yang menghidupkan hati. Benarlah jika kita berintraksi dengan benda hidup maka hati akan hidup, namun jika kita berinteraksi dengan benda mati maka hati mudah mati dan terkadang hati mudah menjadi kaku, lihatlah perbandingan kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti sukan berkuda dan kanak-kanak yang hanya duduk menghadap permainan computer, ternyata anak-anak yang dilibatkan dengan aktiviti berkuda adalah lebih baik kerana berintraksi dengan benda hidup melatih jiwa anak ini untuk saling memahami, saling bertolak ansur, mempunyai sifat belas kasihan dan lain-lain.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan sukan berkuda, namun buat masa sekarang , inilah yang mampu saya coretkan, semoga jika diizin Allah saya dapat mnambahnya lagi di kesempatan yang lain J sekian.


Sunday, 19 October 2014

Qudwah dari cinta pertamaku.(kisah satu)

    Sungguh insan itu merupakan cinta pertamaku. Cinta pertama yg akan kukenang sampai bila-bila. cinta yang tiada tandingan dan tiada galang gantinya. Kasih yang tiada taranya. Cinta yang Membuat kelopak mataku bergenang setiap kali mindaku memutarkan filem kisah hidupmu wahai cintaku.bah kan ketika menuliskan ini mataku basah dan jiwaku bergetar hebat kerana saking rinduku padamu

  Itulah ibuku yang kupanggil mak.hanya satu.satu-satunya. Ibukulah cinta pertamaku.mengajarku berjuta erti kehidupan. Yang hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya.

  Walaupun tempoh cinta ini hanya 19 tahun namun cukup,cukup untuk ku abadikan sebagai pedoman dalam mengharungi hidup ini selama di Izin
 Tuhan.
Aku buntu dari mana mahu memulai..dari lahirkukah?.dari sekolah rendahku kah? persoalan Demi persoalan..lalu ku Putuskan Putuskanah dengan apa yg paling terkesan terkesan.ok setuju. Jadi teruslah aku menulis. aku belajar Menulis.

#kisah satu: terima kasih anak!!



Friday, 25 October 2013

adakah aku yang paling susah??

Saat aku merasa payah dalam kehidupan….
Saat aku punya kegundahan yang tak bisa diluah kepada siapa pun…
Saat lisan tidak mampu menutur banyak kalam…..
Saat bibir mengukir sebuah senyuman pahit…
Saat momentum tubuh mula longlai…
Saat pena basah seakan kering kerana ketandusan idea…
Aku masih mahu menyelitkan setinggi kesyukuran padaMu Ya Rabb…
Kerana mungkin  rasa-rasa itu adalah sebagai kaffarah buat dosa2 ku…
Bukan aku bersu’u zhon padaMu yang Maha Pengasih
Tetapi sekadar membentuk sebuah ratapan buat membasah jiwa yang kering…
Mungkin payah mengharungnya…
Tapi malam juga akan berlalu untuk memberi laluan kepada sang mentari…

Tiada seorang pun mahu mendaftarkan kalimah gagal atau kalah didalam kamus hidupnya, namun hakikatnya kalimah itu tetap ada, ia tetap disana. Mungkin dek kerna kealpaan kita sendiri.
sapaan kegagalan atau kekalah itu mungkin akan membuatkan kita terduduk. tapi ia bukan bermakna kita tidak boleh bangun. Bukan bermakna kita akan hanyut dibawanya, percayalah selama mana kita masih punya nafas yang diberi Ilahi selama itulah ruang taubat dan ruang perbaiki diri itu sentiasa ada.
Tiada istilah tunggu atau terlambat dalam memperbaiki diri . Ia harus bermula saat engkau merasa sangat kecewa dengan dirimu.atau engkau merasa sangat kalah. Kerana jika ditangguh rasa sakit yang mendesak untuk menjadikan dirimu lebih baik akan pergi lalu menjadikanmu selesa berada dijurang kegagalan dan kekalahan itu.
Benar kita boleh mengatakan kepada orang lain bahwa “engkau tidak rasa seperti mana yang aku rasa”. Tapi ketahuilah tidak ada apa yang kita dapat dengan mengatakan demikian kepada orang lain melainkan kitalah yang terus tenggelam. Seolah-olah kitalah manusia yang paling teruk diuji..to be continued