Sahabat Syurga itu tersedia dengan pelbagai "suprise" yang terlalu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan mata. Pelbagai gambaran syurga yang disebut didalam al-Quran supaya manusia obses untuk melakukan amal kebaikan.
Ayuh muhasabah berapa peratusan obses kita untuk menggapai Syurga? Adakah setinggi obses Para Nabi dan Para Sahabat? Atau seperti slogan chipsmore "sekejap ada, sekejap tiada".Hati-hati wahai teman, andai obses melemah, boleh jadi pautan dunia terlalu kuat menggelayuti hatimu. Maka rajin-rajinlah muhasabah hatimu. Tingkatkanlah tazkiyatun nafs agar obses mu sentiasa melangit. Kalau rasa perlu punya buku untuk dapat kamu baca untuk dijadikan asbab obses mu saban hari maka usahakan miliki buku itu.Ya usahakan untuk miliki obses mu.
Kisah Haram bin Milhan di dalam sebuah peperangan, saat ditikam oleh musuh bernama Amir bin Thuffan cukup menggambar obses yang tinggi terhadap syurga. Saat ia ditikam ia langsung berteriak " aku telah menang" langsung setelah itu Syahid. Hal itu menimbulkan kebingungan dan tanda tanya di dalam pemikiran Amir bin Thuffan yang mana akhirnya menjadi kunci kepada Islamnya Amir bin Thuffan.
Selain itu, Kisah Rabiah bin Kaab juga antara kisah sahabat yang punya obses yang tinggi pada Syurga, dia termasuk dikalangan sahabat yang tidak punya harta dan agak miskin, disebabkan tidak punya rumah, dia tinggal di masjid. Namun begitu Rabiah ini, jiwanya sangat cemerlang dengan cahaya iman. Rabiah bin Kaab ni termasuk antara sahabat biasa berkhidmat kepada Nabi s.a.w. Suatu hari, Rasullah s.a.w memanggil Rabiah dan bagitahu padanya yang dia boleh minta apa sahaja pada hari itu dan Rasullah akan kabulkan, jadi Rabiah ni dia pun mintalah izin nak fikir dulu. Dalam perjalanan itu dia terfikir, kenapa aku nak minta dunia? Akhirnya dia pun bagitahu dia nak jadi pendamping Rasulullah di Syurga. Kemudian Rasullullah pun bagitahu pada Rabiah bin Kaab untuk memperbanyakkan Sujud.
Untuk penutup kepada tazkirah, Ayuhlah kita sama-sama muhasabah dengan dua ayat dibawah,moga-moga terus menjulang tinggi obses kita terhadap syurga..amin 🤲🏻
Surah Sajdah: Ayat 17.
Surah Yaasin: