Tuesday, 19 May 2015

Apakah kelebihan sukan berkuda berbanding sukan-sukan yang lain.
                Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana member saya peluang untuk terlibat dalam aktiviti sukan berkuda, pada hakikatnya tidak pernah terfikir oleh saya bahawa saya akan  berpeluang untuk berkuda, tapi nikmat Allah itu luas dan memang tak terjangkau oleh akal manusia yang terbatas.
                Awalnya saya hanya menjadi guru pengiring yang bertugas memantau anak-anak murid menyertai aktiviti berkuda di Pusat Latihan Sunnah berkuda, Rubinga Heritage , di kg Changkat Gombak, namun secara tak langsung ianya membawa  saya untuk turut terlibat. Ok , sepanjang menyertai aktiviti ini ada beberapa hikmah yang dapat saya pelajari. Memang terlalu banyak tetapi ada dua perkara yang saya mahu kongsikan:
Pertamanya, kuda adalah binatang yang dapat membantu kita menenangkan emosi. Kenapa? Kerana kuda adalah adalah binatang yang secara fitrah adalah binatang yang tenang , jika kita datang menguruskan kuda dalam emosi yang baik maka ianya akan mudah di control, namun jika kita datang dalam keadaan kita yang tidak stabil emosinya maka kita tidak akan mudah untuk menguruskannya. Saya berpengalaman sendiri dalam hal ini, setiap saya mempunyai emosi yang kurang stabil ketika hendak menguruskan kuda, maka terlebih dahulu saya akan menenangkan perasaan saya, jika tidak akan sulit untuk saya menguruskan kuda tersebut, bayangkan emosi saya boleh saya tenangkan dengan mengurus kuda.
Kedua, sukan berkuda adalah sukan yang menghidupkan hati. Benarlah jika kita berintraksi dengan benda hidup maka hati akan hidup, namun jika kita berinteraksi dengan benda mati maka hati mudah mati dan terkadang hati mudah menjadi kaku, lihatlah perbandingan kanak-kanak yang didedahkan dengan aktiviti sukan berkuda dan kanak-kanak yang hanya duduk menghadap permainan computer, ternyata anak-anak yang dilibatkan dengan aktiviti berkuda adalah lebih baik kerana berintraksi dengan benda hidup melatih jiwa anak ini untuk saling memahami, saling bertolak ansur, mempunyai sifat belas kasihan dan lain-lain.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan sukan berkuda, namun buat masa sekarang , inilah yang mampu saya coretkan, semoga jika diizin Allah saya dapat mnambahnya lagi di kesempatan yang lain J sekian.