Thursday, 14 January 2016

Tafsir Surah Al-Mumtahanah

       sungguh banyak yang dapat dipelajari daripada intisari surah al-Mumtahanah ini.
apabila kita membicarakan tentang surah ini pasti kita tidak akan lari dari meyebutkan tentang kisah Hatib bin Abi Baltaah. kisah yang mana beliau menghantarkan surat rahsia kepada keluarganya pasca sebelum berlakunya Fathu Makkah. Surat itu dihantar secara rahsia lewat seorang wanita yahudi yang datang ke Madinah pada ketika itu.
     
    Namun belum sempat surat itu sampai ke Makkah Allah terlebih dahulu mengkhabarkan berita itu kepada Rasulnya dan akhirnya rahsia itu selamat daripada di bocorkan. Hatib kemudian dipanggil menghadap Rasullah s.a.w guna menerangkan apa yang telah berlaku. Sungguh akhirnya kita mendapati tindakan Hatib berpunca daripada rasa risau terhadap keluarganya yang  tinggal di makkah. Beliau risau sekiranya peperangan terjadi maka keluarganya bakal menghadapi musibah. sedangkan keluarganya pada ketika itu bukanlah seagama dengannya, hubungan mereka sekadar ikatan darah.

      Hatib bukanlah sebarang sahabat. Belaiau adalah sahabat daripada kalangan muhajirin yang telah bersusah payah  mengharung gelombang kepayahan demi menyahut seruan hijrah ke Madinah. Beliau juga adalah sahabat yang rela mempertaruhkan nyawa demi memenuhi panggilan jihad di medan perang. lantas mengapakah beliau bertindak demikian? dan apakah ibrah yang tinggal untuk digali oleh kita genarasi yang tinggal pada hari ini?

IBRAH:

*IBRAH pertama: Ujian kekeluargaan
- dalam menunaikan tanggungjawab kita sebagai khalifah dimuka bumi ini kita tidak akan lari daripada diuj, bilamana kita telah menghadapi suatu ujian maka janganlah kita menyangka bahawa kita telah berjaya. pasti ujian demi ujian akan terus menyusul. dalam kisah Hatib ini beliau telah berjaya melepasi ujian saat berhijrah dan berjihad, namun dia kemudian diuji lagi dengan orang yang beliau sayang. pasti itu tidak mudah. namun syukurlah Allah telah menyelamatkannya. Memang keluarga adalah antara orang yang paling dekat dan antara yang paling kita kasih dalam hidup ini, namun janganlah kerana kasih yang satu ini sangguh menggadai maruah agama.dan adalah sepatutnya ujian kekeluargaan tidak akhirnya menjadi penyebab tergugahnya iman kita. 
p/s: kalau kita bimbang keluarga bakal menjadi ujian terbesar dalam perjuangan kita sebagai khalifah diatas muka bumi ini maka bersungguhlah dalam menanamkan iman didalam sanubari keluarga kita, dengan itu inshaAllah keluarga kita akan terhindar dari menjadi mehnah dalam perjuangan kita  sebagai khalifatullah.

*IBRAH kedua: hubungan aqidah lebih kuat daripada hubungan darah.
*IBRAH ketiga: tingkatan ujian sentiasa tidak akan pernah putus.contoh Hatib dia seorang yang hebat berjaya menempuh badar, antara orang yang terpilih kemudian diuji dengan keluarga.
*IBRAH keempat: manusia yang imannya kuat maka cabaran dan ujian yang dihadapinya juga pasti kuat.
*IBRAH kelima: Rasulullah s.a.w adalah murabbi agung, dalam kisah Hatib ini beliau melakukan tabayyun dengan Hatib. Begitulah ciri murabbi yang baik tidak terus menghukum sebaliknya terlebih dahulu tabayyun supaya segalanya jelas.

-Nota Usrah 17 September 2015-