Saat aku
merasa payah dalam kehidupan….
Saat aku
punya kegundahan yang tak bisa diluah kepada siapa pun…
Saat lisan
tidak mampu menutur banyak kalam…..
Saat bibir
mengukir sebuah senyuman pahit…
Saat
momentum tubuh mula longlai…
Saat pena
basah seakan kering kerana ketandusan idea…
Aku masih
mahu menyelitkan setinggi kesyukuran padaMu Ya Rabb…
Kerana
mungkin rasa-rasa itu adalah sebagai
kaffarah buat dosa2 ku…
Bukan aku
bersu’u zhon padaMu yang Maha Pengasih
Tetapi
sekadar membentuk sebuah ratapan buat membasah jiwa yang kering…
Mungkin
payah mengharungnya…
Tapi malam
juga akan berlalu untuk memberi laluan kepada sang mentari…
Tiada seorang pun mahu mendaftarkan kalimah
gagal atau kalah didalam kamus hidupnya, namun hakikatnya kalimah itu tetap
ada, ia tetap disana. Mungkin dek kerna kealpaan kita sendiri.
sapaan kegagalan atau kekalah itu mungkin akan
membuatkan kita terduduk. tapi ia bukan bermakna kita tidak boleh bangun. Bukan
bermakna kita akan hanyut dibawanya, percayalah selama mana kita masih punya
nafas yang diberi Ilahi selama itulah ruang taubat dan ruang perbaiki diri itu
sentiasa ada.
Tiada istilah tunggu atau terlambat dalam memperbaiki
diri . Ia harus bermula saat engkau merasa sangat kecewa dengan dirimu.atau
engkau merasa sangat kalah. Kerana jika ditangguh rasa sakit yang mendesak
untuk menjadikan dirimu lebih baik akan pergi lalu menjadikanmu selesa berada
dijurang kegagalan dan kekalahan itu.
Benar kita boleh mengatakan kepada orang lain bahwa
“engkau tidak rasa seperti mana yang aku rasa”. Tapi ketahuilah tidak ada apa
yang kita dapat dengan mengatakan demikian kepada orang lain melainkan kitalah
yang terus tenggelam. Seolah-olah kitalah manusia yang paling teruk diuji..to be continued

No comments:
Post a Comment